Thursday, April 30, 2009

kayuh mlm klang la pulak..

fun ride klang
(anjuran ROTO X TEAM KLANG)
pada 1/05/09 jumaat mlm sabtu, jam 9.00 mlm, berkumpul di tempat letak kereta belah luar jusco bukit tinggi klang datanglah beramai-ramai memeriahkan lagi aktiviti berbasikal.....

maklumat lanjut:
Tn Hj Hamid 0173683963
En Wahid 0196643130

Wednesday, April 29, 2009

kayuhan"roller coaster"bkt cherakah

Salam bro menta-mente suma...harap korang suma siap sedia fizikal dan mental pasal hari ahad ni kita akan cuba melakukan kayuhan full course di trek roller coaster dpn kem bina negara...anggaran jarak +_ 18 km aje...insya'allah kita gerak dlm kul 5.30ptg...harap suma bole menyertai kayuhan "mesra dan penuh kasih sayang"ni...hehehe...mari kita lihat sape yg gagal...-alid-

Monday, April 27, 2009

Mesyuarat Agung PAS Kapar, 'Mesra dan Kasih Sayang'



Penuh 'mesra dan kasih sayang'.. itulah ungkapan yang acapkali diucapkan oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung PAS Kapar, Cikgu Wahab. Ia juga sinonim dengan suasana yang berlaku di dalam mesyuarat agung kali ini. Kebiasaan mesyuarat agung dilalui dengan suasana 'panas' dan 'tegang' walaupun mesyuarat agung PIBG apatah lagi mesyuarat agung parti-parti politik, tetapi ia tidak berlaku dalam mesyuarat agung ini.

Walaupun jawatan kedua tertinggi iaitu Timbalan Yang Di-Pertua berlaku pertandingan, ia tidak langsung menggambarkan berlakunya perpecahan dan berpuak-puak dalam PAS Kapar. Bertambah manis, apabila jawatan Naib Yang Di-Pertua yang dijangka berlaku pertandingan sengit telah terjadi sebaliknya apabila calon Hj Shamsul Bahari memberi laluan kepada Ustaz Noornajhan untuk menyandang jawatan tersebut.
Begitu juga bagi jawatan Ketua Urusan Ulamak yang menyaksikan Ustaz Wan Hamidi Wan Mat menang tanpa bertanding apabila penyandangnya Ustaz Hj Ibrahim Hj Omar tidak mempertahankan jawatan tersebut. Sebaliknya beliau hanya sudi untuk dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa dan memenanginya sebagaimana kehendak perwakilan.

Sepanjang mesyuarat agung tersebut juga, para perwakilan begitu matang melontarkan idea cadangan dan kritikan sehingga disambut baik oleh semua yang hadir sama ada dari segi emosi dan fikiran. Tuan Hj Khusrin yang juga dicalonkan sebagai Timbalan YDP, nampaknya begitu senang melontarkan cadangan-cadangan bahkan menaruh keyakinan yang tinggi kepada ahli jawatankuasa yang ada dan yang akan dilantik untuk menggalas amanah parti.

Beliau mencadangkan kepada semua perwakilan agar menyerahkan perkara-perkara tertentu yang agak sensitif dan menyentuh strategi parti kepada ahli jawatankuasa untuk memikirkannya dan mencadangkan agar ia tidak dibahaskan panjang lebar di dalam mesyuarat agung ini. Beliau bimbang jika ia dibahaskan di dalam mesyuarat ini dan akan mempunyai keputusan yang perlu dilaksankan, ia akan memberi implikasi besar terhadap parti yang bukan sahaja membabitkan kawasan Kapar bahkan parti keseluruhannya.

Seorang lagi perwakilan iaitu Hj Rahmat yang telah berjaya menempatkan dirinya semula di dalam saf ahli jawatankuasa PAS Kapar, sering mengingatkan kepada para perwakilan tentang halatuju mesyuarat agung kali ini. Beliau yang juga 'orang lama' dalam PAS Kapar sering melontarkan idea-idea bernas dan berani supaya bukan sahaja menghidupkan suasana dalam mesyuarat agung tersebut bahkan juga memberi tauladan khususnya kepada generasi muda untuk berani bersuara.

Begitulah indahnya suasana kemesraan dan kasih sayang di dalam PAS Kapar. Semoga suasana ini akan terus dapat dipelihara. Ruang-ruang 'syuuz zhan' (buruk sangka) perlu dielakkan dan ditangani segera melalui tarbiyah, usrah, perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya. Pemimpin perlu rajin mendampingi akar umbi dan begitu juga akar umbi perlu memahami dan bersama-sama kepimpinan. Insya Allah jemaah akan menjadi kuat atas dokongan semua ahli di semua peringkat.

Saturday, April 25, 2009

Kayuhan Malam

















"ku tahan jebattt...!!!"

alloo bro... Tanggal 2o h/b April tahun 2009 Masehi telah terjadi satu detik dalam hidup gua bro.. biasa le, tiap2 hari menjelang petang mesti terdetik hati gua nak tengok jam.. dalam hati 'sempat ke tak sempat gua nak berkayuh petang ni..' budak2 mesti dah standby punya.. gua pulak dah banyak sesi berkayuh ni di gua tuang.. bukan saja2 nak tuang bro, almaklumlah, dulu dah pernah pencen sekarang dah kerja, so kenalah kerja macam nak hidup 1000 tahun lagi.. hmm.. tahan je la tgk member2 kayuh sehari2.. "ku tahan jebatt..."

Hmm.. baiklah, berbalik pada citer 20 hb tu.. gua punya teruja hari tu dapat balik awal kerja dgn harapan chief halo gua ajak kayuh.. tunggu punya tunggu punya tunggu,, tup..tup.. CANTEKK..!! chief ajak kayuh.. fuhh. ibarat kera mendapatkan bunga.. gua plak mmg ngam2 baru balik kerja.. perut kosong belum makan.."ku tahan jebat..." ARGHH..!! lantak la.. pedih la gua.. itu semua gua tolak tepi..ya penting kayuh bro...


Hmm. baiklah.. sesampainya gua kat dalam rumah gua lalu mcm biasa la gua bukak peti sejuk.. hahh.. canteklah.. ada buah paling sedap dalam dunia pernah gua makan iaitu buah semongko (tembikai la dol ).. tanpa segan silu gua habiskan satu mangkuk besar.. pedih la yg lain x dapat makan ... pedih la lu..

Hmm.. baiklah.. tepat jam 1733GMT gua sampai kat base Berkatbikers. ye la pasal chief janji start kayuh pkl 5.30.. gua terasa semacam je pasal yg lepas2 kayuh pkl 6 or 6++.. tapi takpe la, gian punya pasal.. "ku tahan jebatt..." lebih kurang pkl 1742GMT start kayuh.. air gua isi separuh je dalam bekas air PROTON gua bai.. 6 orang je kayuh petang tu iaitu Specialized, Merida, KHS, Proton(pinjam), Fuji dan gua la bro, SARS... elehh.. setakat si bikers Fuji 27 speed tu gua bagi lu kayuh 20 minit depan gua pun gua sebelah kaki je kejar..

Hmm.. baiklah.. lokasi kali ni menjadi misteri.. yg gua tahu nak main offroad.. lantaklah korang.. gua kuat.. lu orang nak main off road ke on road ke, chow kit road ke.. yg gua tau gua sakit perut.. syok jugak main offroad ni.. gua selamba je kayuh turun naik bukit kat dalam kolam hamdan tu.. perhhh..!! jauh jugak bai.. lebih kurang 30-40 minit sampai jalan besar.. fuhh.. bertambah senak perut gua bro.. maklumlah, org slim ni dia lain macam sikit rasa.. "ku tahan jebat..."

Hmmm. baiklah.. bila dah sampai jalan besar tu gua ingat dah settle laa.. dah dekat kot.. Ciss..!!! rupa2nya tak sampai separuh lagi.. barua lu orang.. ROLLER COASTER woo..!! tempat yg gua belum sedia nakm kayuh bai.. tapi takpe la.. alang2 menyeluk pekasam, membujur lalu melintang patah gua cekalkan keazaman dan ketaqwaan kepada Allah taala "ku tahan jebatt..." gua tengok roller coaster dah mcm banjaran titiwangsa berlipat2 gunung ganang..(padahal biasa je).. psycho je tu.. hmm.. gua meneruskan perjalanan tanpa was2.. bukit pertama, alahhh basic je tu.. pasal tu gua berenti tgh bukit.. KHS temankan gua.. TQ KHS lu la kawan gua dunia dan akhirat.. lepak 2 minit gua dan KHS teruskan lagi perjalanan.. yg lain2 dah kat depan dah.. saja gua bagi yg lain2 jalan dulu senang gua kejar masa gua nak top speed nanti...

Hmm.. baiklah...sesudah bukit gua daki.. yeehaa..!!! tiba la waktu klimaks turun bukit.... tetapi bro, belum pun sempat habis turun bukit, gua dah nampak ade bukit lagi.. aiseyman.. perut gua pun otomatik jadi kejang.. tiba la tragedi hari tu.. tanpa segan silu gua pun bagi signal kiri berenti tepi jalan.. KHS teruskan perjalanan.. dia ok.. lu la kawan gua dunia dan akhirat.. terus gua duduk tepi longkang gua capai cigar yg takde gambar paru2 rosak dan kunyalakan sambil di dalam hati gua menempelak "barua lu orang..!!!" "ku tahan jebat..."..


Hmm.. baiklah.. tiba2 tergerak hati gua nak call chief.. gua call chief suruh dia teruskan perjalanan.. tapi ntah ape citer sampai sekarang gua x ingat apa gua bgtau dia dalam talipon, tau2 dia patah balik lepak dgn gua.. sapa suruh lu patah balik...??? lu memang bukan kawan gua dunia dan akhirat la bro.. gua nak lepak sorang laa.. "ku
tahan jebatt.." nak buat macamana dah dia nak lepak dgn gua, gua layan je laa.. potong stim betul.. Lastly, lebih kurang 10 minit lepas tu gua capai beskal chief, gua kayuh tinggalkan chief berbatu2 jauhnya hinggalah ke cafe resmi kitaorang iaitu cafe mbak (formerly kown as seman)..

Takde apa2 pun dalam citer ni bro.. saje je nak luahkan perasaan utk sesiapa yg nak baca.. kesimpulannya, jgn la kacau gua kalau gua nak lepak sorang2.. saje je nak ambil mood ketenangan ..

Moral of the story.. " selalu2 la kita pedajal orang lain.. hmmm... baiklah.. "ku tahan jebat..."

Wednesday, April 22, 2009

Kayuhan Malam Kota Damansara




Hari : Setiap Jumaat Malam.
Berkumpul : 9:30pm.
Di : 7eleven seksyen 4, Kota Damansara.
Mula Kayuhan : 10:00pm
Jarak Kayuhan : lebih kurang 25km.
Cara Kayuhan : Santai (15-25km/j)

Tuesday, April 21, 2009

Sukan PASTI Kawasan 2009

2nd runner up!

Alhamdulillah, Yahuuu...

Scorer boy!!!

Chipto Jr. , garuk apa tu?

Tendangan penalti tanpa bayang!!!

Tengok muka dia tu!
Al-Fatihah...

Brotha Mantoya!!!

Anak didik Usop!

Bini orang ni...

Hebat tu...
Coach didatangkan khas dari Meru, coach Diva!
Anak Mantoya!!!
Mana dtg pelajar Pasti yg sorang lagi tu?
Pom-pom boy!!!

mcm gagal je hidup aku part 1





salam bro...bila tiba hujung minggu hati aku mesti jd x tenteram pasal time2 cam ni la biasanya byk program yg nk dijayakan time ni gak la costumer bersusun kat kedai aku tu..tp minggu ni aku hatrick 3 hari berturut2 aku x dtg kedai start jumaat sampai ahad..nasib baik aku boss aku kuli kalau x maunye kena warning letter ni(teringat zaman2 mkn gaji dulu)..hari jumaat aku mmg plan nk keje mlm tp ada forum perdana kat jln kopi lak..aku amik keputusan gi forum la keje besok2 pun bole apa..ramai tul org kat forum mm tu x rugi la dtg dpt gak pekena ais krim..ais krimnya lembut..abis forum trus lepak rumah utk isi borang belia pasal besok ptg nk gi jumpa pegawai belia kat Perpat ngan ust Ali..lepak punya lepak tau2 gelap je dunia ni rasanya sedar2 dh pukul 11 hampeh tul xde yg kejut..kalau dh lambat camni nk lepak ombo pun apa yg ada aku pun bg arahan kat badun utk tapau nasi lemak sam..hati dh berbelah bg nk gi keje ke x..kalau keje jap lg kul 3 nk gi Perpat..emmm...baiklahhh utk x memeningkan kepala aku ambik keputusan gi kedai basikal yazid pasang rd(rear derailleur) yg aku beli minggu lepas bukan apa rasa cam kufur nikmat lak kalau dibiarkan aje atas meja dlm bilk aku ni hehehe...tgh2 pasang pasang tu tauke kedai si yazid tu baik punya racun suruh join event cross country kat bkt kapar esok(ahad) tp aku tetapkan pendirian nk gi sukan pasti kaw..
azul lak singgah nk balik rumah tgh jln dh hujan lebat so dia patah balik nampak aku kat sini..dia pun x leh tahan terus gi rumah bujang amik beskal dia tukar tayar on road ke off road..ptg ni nk main off road katanya pakai tayar on road x leh naik bukit..alhamdulillah kos up grade ari tu rm 10 aje..program kat Perpat lain kali aje la cite yg penting berjln lancar..ptg tu(sabtu)kayuhan di laluan offroad menjadi pilihan bermula masuk dr jln paip trus ke kolam hamdan dan merentas kebun kelapa sawit yg aku pun x penah masuk tau2 tembus kat sek keb meru 2..lps sesi rehat & posing (gambar2 kat post bawah tu 'ditangkap' oleh usop) perjalanan diteruskan melalui hadapan kelab menembak sekali lg meredah kebun kelapa sawit sehingga tiba di satu kaw di kg budiman..bab ni yg paling boring pasal x tau nk trus ke nk patah balik??akhirnya sebulat suara utk berpatah balik mengikut laluan td utk keluar ke bt 8..dlm hati aku ni terpikir punya lama duduk meru ni byk tmpt aku blum penah masuk lg..dlm perjalanan balik aku,epit kc,azul diva,ijul gep,jidin dingerous tlh berjaya ditinggalkan bertiang2 oleh pedel,a'ai menta mente@effect@cing.cing..cing..&ajam anak gopal..cam biasa last check point kat seman masing2 ngan excitednye berborak sakan..dlm borak2 tu ada pulak yg gatal ajak aku gi stadium tgk bola..mula2 mcm x nk gi tp mlm ni mesti boring pasal yg lain dh ada agenda sendiri..sudahnya aku gi la gak stadium 4 org sumanya..dlm hilux diaorg wat perancangan nk join event kat bkt kapar sok pg..ini yg buat aku goyang ni..aku mula atur strategi 'ngecai' supaya aku bole x pergi sukan pasti sok pg..mlm tu sambung lak tgk semi final fa chelsea vs arsenal kat kedai abgnya ali sampai kul 2++...berjayakah strategi aku??? tunggu la lain kali aku cite ek..apa pun lengkap la 2 hari aku gagal gi kerja..moral of the story jgn biarkan hobi menggagalkan hidup anda..ni pun dh lewat sok pg x tau bole bangun g keje ke x..wasalam-alid-

Saturday, April 18, 2009