Friday, September 25, 2009


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..

Semoga bertemu di Ramadhan yang akan datang InsyaALLAH..



Friday, August 21, 2009

puasa jgn x puasa..

romadhon dtg lg..selamat berpuasa pd suma 'menta-mente'..semoga puasa thn ni akan menjadikan kita lebih bertaqwa dr sebelum2 ni insya'allah..puasa tau jgn x puasa..sape2 nk kayuh bgtau awal2 senang nk plan..cam biasa la bro mlm2 pas terawih kita tadarus..sape nk sambung sampai qiam pun bole..gua cam biasa niam..heheh..

Friday, August 14, 2009

Monday, August 10, 2009

Kayuhan Antara Gapi 2009 & Bukit Cermin


Salam semuanya, lebih kurang jam 6.30 ptg(sabtu) aku & jidin mula bgerak ke Serendah Antara Gapi. Hanya 3org sahaja wakil dr BerkatBikers, jam 7.45mlm kitaorg baru sampai..urusetia dh menanti kehadiran kami seadanye..mula2 daftar nama & ambil no plat. aku dpt n066 & jidin no151 (tapi no xbertuah), kebetulan urusetia kenal dgn kitaorg masa berkayuh di bukit kapar 10mei lalu..lpas daftar, btolak pula ke rumah abg aku kt rawang..tumpang tido sana..

Ahad 7.20pg kami mula gerak ke Antara gapi..sebelum tu azha 'stand' ada bgtau yg dia dh sampai..

tengah bersiap2 tetiba muncul bro ezad dr kota damanara..

pagi tu memang ramai pgayuh..basikal pun ganaz2..



apa2hal posing dulu..

ni yang paling penting sekali doa selamat..

uphill yang pertama..

downhill pertama, tu pun dh ada yg tergolek..bahaya!

downhill kedua.. tunggu giliran..

laluan berturap..ala mcm roller coastter jer.. sblm msuk ke bukit dagu



sebelum naik bukit dagu..posing dulu..

tu dia..berebut nk naik..

bekalan aiscream 100plus..



Bukit dagu yang menyeksakan...taubat lahooom bro!!

uphill lagi, ingatkan dh abis...lpas tu downhill nye memang bahaya,licin & berlopak, tp aku peduli hape..


alhamdulillah..bekalan tenaga, walaupun bukan 7e

tamat jam 12.09..

dgn membotakkn kepala, kayuhan akan mnjadi ringan..itulah azha 'stand'..hehe

dh terlalu penat, park je mane2

Posing kenang2an, ada gak yg tumpang bgmbr skali..

jom kita ke Bukit Cermin pulak..

wow!!

korang ni jgn bercium sudah..

cayalah bro..


Polygon jidin di Bukit Cermin..?

apapun cabaran di Antara Gapi nie memang mencabar, silap2 boleh meninggal tu kalau silap gaya downhill.. kawan2 lepas nie nk kemane pulak cabaran akan datang?






Tuesday, August 4, 2009

PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009

Pelan Lokasi di bawah bagi menunjukkan tempat pendaftaran, mula/tamat kayuhan,parking,pentas,pameran hartanah,basikal dan gerai makanan & minuman.





Peserta yang telah membuat pendaftaran sila maklumkan kepada urusetia no plat semasa membuat pengesahan kehadiran bagi memudahkan urusan pengesahan kehadiran.

TRAIL VERTICAL PROFILE



Pihak pengurusan PKNS telah berbesar hati menambah bilangan hadiah cabutan bertuah memandangkan sambutan dan sokongan yang baik dari peminat sukan basikal Gunung (MTB). Makluman untuk peserta, Terdapat perubahan pada kaedah pemberian goodies.Goodies bag akan diberi kepada peserta yang berjaya menghabiskan trail ketika melalui garisan penamat. Sila pastikan no. plate anda telah di tampal sticker ketika melalui di check point sebagai bukti telah melalui trail.Urusetia akan memeriksa sticker checkpoint di no.plate ketika peserta tiba di garisan penamat sebagai bukti peserta telah melengkapkan kayuhan di trail. Perubahan ini bertujuan memeriahkan lagi event ini dan sebagai membakar semangat peserta untuk menghabiskan kayuhan di trail hingga ke garisan penamat. Untuk tujuan ini pihak penganjur telah memperolehi tambahan goodies untuk semua peserta yang berjaya menghabiskan trail. Masanya kian tiba untuk anda mengikat basikal kesayangan anda di kenderaan masing-masing menuju ke Kayuhan Antara Gapi, Serendah, Selangor.

Pihak pengurusan PKNS membuka kaunter pendaftaran pada hari sabtu Bagi melancarkan urusan pengesahan pendaftaran peserta

Tentative Program

SABTU, 8 OGOS 2009

3.00ptg -7.00 ptg - Pendaftaran & ambil no.plat

AHAD, 9 OGOS 2009

7.00pagi– 8.15 pagi - Pendaftaran peserta & ambil no.plat

8.15 pagi - Taklimat oleh penganjur

8.30 pagi - Mula

12.30 tghari - Tamat + pemberian goodies

12.30 tghari - Majlis Penutup disempurnakan olehYang Bahagia Tuan Tukiman Bin Nail

Yang DiPertuaMajlis Daerah Hulu Selangor

- Cabutan bertuah

- Bersurai (cabut gi Bukit Cermin)

*copy n paste je senang..jgn mara aaa..

nampaknye hanye 5org je yg dapat gi ke prgm kayuhan antara gapi.. ijul, jidin,azol,padel & azha stand..chip ada prgm belia, xpe..mgkin lain kali prgm kayuhan dpt sama2 belasa'an.. apapun mental dh kuat, tp tenaga yg poning nie..bole x bole.. belasah!!

Tuesday, July 28, 2009

latihan pusat antara gapi fasa 1


salam bro..aku cadangkan kita suma turun kl utk himpunan mansuh isa hari sabtu ni sebagai latihan sebelum ke kayuhan antara gapi minggu depan..kita akan berkumpul di msjd negara jam 2 ptg kemudian berarak berjln kaki beramai2 ke istana negara utk menyampaikan memorandum bantahan kita terhadap i.s.a..acara ini juga dijangkakan akan diserikan dgn kehadiran fru2 yg bertrak2,unit berkuda,unit anjing,unit helikopter dan tentu sb2..juga akan diadakan pertunjukan gas pemedih mata serta tidak ketinggalan acara pancutan air dr trak water cannon juga dr fru..aku rasa acara ni bagus utk persediaan korang pasal complete fizikal n mentalnya..amacam???ada bran???kita turun ramai2 pakai merah@hitam..rombongan menta-mente akan bergerak jam 12tghari dr klang sentral..sape nk join contact lilik 'mr no brain'..nk gi sendiri pun bole yg penting pergi..tuan guru pun nk turun x kan korang x berani nk turun lak kot..

Monday, July 20, 2009

Pemuda Dun Meru Sertai Sukan Lasak

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar, Ust Haidar bin Taslin telah menghulurkan sumbangan kepada Sdr Izwan bin Md Sumairi @ Hj Azhari yang akan menyertai ' Malakof University Duathlon Series 2009'.

Sumbangan kecil ini merupakan ransangan kepada beliau yang sebelum ini telah menjuarai kejohanan tersebut pada tahun lalu. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang menguji ketahanan mental dan fizikal kerana peserta dikehendaki berlari sejauh 3.5 km dan diikuti dengan mengayuh basikal sejauh 15 km sebelum menamatkan perlumbaan dengan berlari semula sejauh 3.5 km.

Pada tahun ini kejohanan bersiri ini akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada 19 Julai 2009 diikuti dengan kejohanan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi pada 25 Julai 2009 dan diakhiri di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009.

Menurut Ust Haidar, beliau sangat kagum dengan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki Sdr Izwan dan ia harus dicontohi oleh golongan belia kerana dengan memiliki kekuatan dalaman seperti inilah para pemuda mampu untuk menghadapi cabaran hidup.

'Golongan belia yang terlibat dengan gejala sosial pada hari ini merupakan di kalangan mereka yang lemah segala-galanya termasuklah mental dan fizikal mereka. Mereka ini gagal untuk berfikir dengan waras buruk baik perbuatan yang mereka lakukan. Mereka takut dengan cabaran dan ingin lari dari masalah yang akhirnya terlibat dengan dadah. Mereka lemah mental dan mudah dipengaruhi dengan rakan-rakan yang mengajak mereka terlibat dengan lumba haram dan jenayah yang lain'.

'Namun apabila minda dan tubuh pemuda ini dilatih dan digarap dengan baik mereka mampu menjadi kuat dan kental dan mampu membuat kejutan seterusnya menaikkan nama diri mereka sendiri dalam apa jua lapangan yang mereka minati'.

Untuk rekod, Sdr Izwan telah menyertai beberapa kejohanan sepanjang tahun ini seperti Orienteering (Pandu Arah) Maksak Malaysia dan mendapat johan, Johor Bharu Eko Challenge 2009 mendapat tempat ke-3 dan Merbok Green Challenge juga mendapat johan. Beliau juga meraih Anugerah Atlit Harapan Majlis Perbandaran Klang.

Semoga beliau terus berjaya dalam bidang sukan yang beliau minati dan menaikkan nama anak jati Meru yang berjaya meraih kejayaan cemerlang.

Sunday, July 12, 2009

Kayuhan Antara Gapi 9 ogos 2009


Salam Berkat Bikers.. Cabaran akan datang.. Antara Gapi 9 ogos depan.. amacan sedara ada brani ka..? kalau ada sponser ok gak nie.. kt bawah nie ada nama gua.. no66.. baik punya no..

http://beritakembara.blogspot.com/2009/07/list-peserta-kayuhan-antara-gapi-2009.html

Tuesday, July 7, 2009

GEMPAKK OOO!!!






antara gambar2 rombongan kitaorang sekitar penamaan calon n.41 manek urai 6 julai 2009..lain2 gambar bole tgk kat: picasa web album

Sunday, July 5, 2009

kayuhan malam @ setia alam kembali lagi..3-7-2009

sape2 yg ada gambo yg elok2 masa kayuh mlm ni belajo2 la upload kat blog ni ek..kerjasama anda sgt dihargai..