Tuesday, July 28, 2009

latihan pusat antara gapi fasa 1


salam bro..aku cadangkan kita suma turun kl utk himpunan mansuh isa hari sabtu ni sebagai latihan sebelum ke kayuhan antara gapi minggu depan..kita akan berkumpul di msjd negara jam 2 ptg kemudian berarak berjln kaki beramai2 ke istana negara utk menyampaikan memorandum bantahan kita terhadap i.s.a..acara ini juga dijangkakan akan diserikan dgn kehadiran fru2 yg bertrak2,unit berkuda,unit anjing,unit helikopter dan tentu sb2..juga akan diadakan pertunjukan gas pemedih mata serta tidak ketinggalan acara pancutan air dr trak water cannon juga dr fru..aku rasa acara ni bagus utk persediaan korang pasal complete fizikal n mentalnya..amacam???ada bran???kita turun ramai2 pakai merah@hitam..rombongan menta-mente akan bergerak jam 12tghari dr klang sentral..sape nk join contact lilik 'mr no brain'..nk gi sendiri pun bole yg penting pergi..tuan guru pun nk turun x kan korang x berani nk turun lak kot..

Monday, July 20, 2009

Pemuda Dun Meru Sertai Sukan Lasak

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar, Ust Haidar bin Taslin telah menghulurkan sumbangan kepada Sdr Izwan bin Md Sumairi @ Hj Azhari yang akan menyertai ' Malakof University Duathlon Series 2009'.

Sumbangan kecil ini merupakan ransangan kepada beliau yang sebelum ini telah menjuarai kejohanan tersebut pada tahun lalu. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang menguji ketahanan mental dan fizikal kerana peserta dikehendaki berlari sejauh 3.5 km dan diikuti dengan mengayuh basikal sejauh 15 km sebelum menamatkan perlumbaan dengan berlari semula sejauh 3.5 km.

Pada tahun ini kejohanan bersiri ini akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada 19 Julai 2009 diikuti dengan kejohanan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi pada 25 Julai 2009 dan diakhiri di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009.

Menurut Ust Haidar, beliau sangat kagum dengan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki Sdr Izwan dan ia harus dicontohi oleh golongan belia kerana dengan memiliki kekuatan dalaman seperti inilah para pemuda mampu untuk menghadapi cabaran hidup.

'Golongan belia yang terlibat dengan gejala sosial pada hari ini merupakan di kalangan mereka yang lemah segala-galanya termasuklah mental dan fizikal mereka. Mereka ini gagal untuk berfikir dengan waras buruk baik perbuatan yang mereka lakukan. Mereka takut dengan cabaran dan ingin lari dari masalah yang akhirnya terlibat dengan dadah. Mereka lemah mental dan mudah dipengaruhi dengan rakan-rakan yang mengajak mereka terlibat dengan lumba haram dan jenayah yang lain'.

'Namun apabila minda dan tubuh pemuda ini dilatih dan digarap dengan baik mereka mampu menjadi kuat dan kental dan mampu membuat kejutan seterusnya menaikkan nama diri mereka sendiri dalam apa jua lapangan yang mereka minati'.

Untuk rekod, Sdr Izwan telah menyertai beberapa kejohanan sepanjang tahun ini seperti Orienteering (Pandu Arah) Maksak Malaysia dan mendapat johan, Johor Bharu Eko Challenge 2009 mendapat tempat ke-3 dan Merbok Green Challenge juga mendapat johan. Beliau juga meraih Anugerah Atlit Harapan Majlis Perbandaran Klang.

Semoga beliau terus berjaya dalam bidang sukan yang beliau minati dan menaikkan nama anak jati Meru yang berjaya meraih kejayaan cemerlang.

Sunday, July 12, 2009

Kayuhan Antara Gapi 9 ogos 2009


Salam Berkat Bikers.. Cabaran akan datang.. Antara Gapi 9 ogos depan.. amacan sedara ada brani ka..? kalau ada sponser ok gak nie.. kt bawah nie ada nama gua.. no66.. baik punya no..

http://beritakembara.blogspot.com/2009/07/list-peserta-kayuhan-antara-gapi-2009.html

Tuesday, July 7, 2009

GEMPAKK OOO!!!






antara gambar2 rombongan kitaorang sekitar penamaan calon n.41 manek urai 6 julai 2009..lain2 gambar bole tgk kat: picasa web album

Sunday, July 5, 2009

kayuhan malam @ setia alam kembali lagi..3-7-2009

sape2 yg ada gambo yg elok2 masa kayuh mlm ni belajo2 la upload kat blog ni ek..kerjasama anda sgt dihargai..




alumni talaki @masjid asshariff 2-7-2009

seronok betul sekarang ni kalau dpt lepak kat masjid meru sejak peralihan pentadbiran baru2 ni..teringat lak zaman2 awal perpindahan dr masjid lama..zalim betul time tu..nk ngaji kat dalam pun x bole kena ngaji kat beranda lampu pun harap lampu jln..tgh kuliah fardhu ain pun dimatikan lampunya..angin betul ngan siak masjid masa tu si majid..rasa mcm halal je dia..tp alhamdulillah sekarang dia dh okey..dh taubat agaknya..kat sini gak tiap2 mlm jumaat aku talaki al quran ngan isa..bila ramadhon kat sini la aku ngan budak2 menghabiskan masa bertadarus,iktikaf&tahajud..aku bantai tido aje la bro..mlm tu aku turun mengadap@talaki ngan isa setelah hampir 2 thn aku ponteng..rupanya aku x keseorangan hafizi ngan jemi pun sama gak dh lama x dtg talaki..kira cam alumni gak la mlm tu..ilmu semua orang bole dpt tp istiqomah bukan semua org bole dpt bro..termasuk aku la tu..

sifu isa masih maintain cam dulu gak kalau dh cakap mmg susah nk berhenti
rakan seperguruan dr masjid lama dulu..
otai2 ni junior aku..usia bukan penghalang menuntut ilmu..
x student aku ni..skrg berguru lak ngan cippong..semoga istiqomah hendaknya..

Saturday, July 4, 2009

sekali tergolek la pulak..INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN..

hari sabtu 27 jun 2009 xtvt kayuhan diteruskan lg dgn kehadiran ijul,jidin,aku,koko&jemi abgnya bidut..kali ini trail baru telah berjaya diteroka..xde sebarang insiden luarbiasa berlaku ptg tu sumanya lancar aje..ahad 28 jun belah pg menta-mente telah berkampung di pdg putra bukit kapar utk liga bolasepak 9 sebelah..setelah berhempas pulas dan dihempas pulaskan oleh lwn2 akhirnya menta mente pulang membawa sebiji gol dan tiga bolos(jadi la dpt gakscore)sape2 ada gambar game 9 sebelah ni tlg la up load kat sini..itu cite pg belah ptg apa lg kita kayuh la..seramai 6 org turut serta ptg tu iaitu aku,jidin,ajam,joe,a'ai&pedel..ijul x join pasal dia ada kat rawang..kitaorg telah menyusur trail yg baru diteroka semlm..memang best trail tu tp kat tengah2 perjalanan ada lak sekumpulan lembu kat tgh jln wat dek aje kat situ kalau badan tu kecik xpe ini betul punya besar..lembu punya lembu..buat kitaorg suspen je.perjalanan diteruskan lg lalu dpn kelab menembak trus masuk kebun kelapa sawit..kat sini baru syok ada mendakinya ada downhillnya..semua diredah penuh gaya dan style sampai ada yg downhill sambil jawab telefon tu..hebat..hebat..hebat..hingga lah sampai di satu kawasan yg landai satu kejadian ngeri telah berlaku ke atas diri aku..innalillahi wainna ilaihi rojiun..sekali aku tergolek la dlm cubaan mengejar kelompok hadapan yg sedang mendaki..malang memang x berbau tp tempat tu mmg bau lembunya kuat..akibatnya dpt la aku sticker kenang-kenangan kat tgn&lengan kanan aku mcm yg dlm gambar tu..lutut pun ada koyak sikit2 kat kiri&kanan tp gambar xde pasal benda tu aurat..suspen gak aku tgk luka2 tu mcm parah aje tp bila dh cuci kat rumah kecik2 aje lukanya cuma tang bengkak kat lutu yg x thn tu mmg seksa la solat..teringat lak aku kat ijal..perjalanan diteruskan lg kali ni ajam nagn a'ai telah telah dihambat 3 ekor anjing apalagi 'menggelicai'la masing2 pecut basikal..yg kitaorg ni pun apa lg cari la jln lain yg lebih selamat..check point last ptg tu kat kedai roti nan mario jln limau..dh rasa sakit2 camni baru la nk sedar nikmat kesihatan yg allah kurnia kat aku..padan muka aku..emm..berakhir kah karier MTB aku??u wait n see la bro..



golek lagi..

salam bro..ntah kenapa minggu lepas keghairahan aku mengayuh x dpt dibendung lg..akibatnya xtvt kayuh diteruskan juga hari khamis 25jun2009...seramai 6 org telah terbabit dlm kayuhan ptg tu iaitu ijul,ajam,azhar,joe,koko&pastinya aku la..hehehe..mungkin disebabkan keghairahan tu la aku kehilangan speedometer cateye velo8 aku ketika seronok melayan downhill..ptg tu jugak kaki aku telah dijamah oleh crank aku(kira senjata mkn tuan la ni)bole thn gak la lukanya..ptg tu gak azhar terpaksa dijemput oleh a`ai kerana kepenatan yg x terbendung lg(kes lama x kayuh la ni)yg pastinya benda2 ni menjadi ingatan pd aku supaya lebih berhati2 dan peka dlm xtvt mengayuh ni jgn nk ikut perasaan aje..ikut rasa binasa kata org dulu2..hari jumaat cutikayuh pasal nk settlekan futsal belia jkkk..kalau x maunya sampai shah alam mlm tu..