Friday, May 22, 2009

streamyx oh streamyx

salam bro..
minggu ni gua betul2 angin satu badan ngan servis streamyx kat rumah gua ni..masuk hari ni dh 5 hari xde servis..call nk complaint punya la lambat angkat asyik dengar suara mesin aje suruh tunggu..mentang2 kat malaysia ni korang yg monopoli broadband punya servis suka2 korang je nk 'ayam2' kan costumer cam gua..nasib baik kedai sebelah ada wi fi free(kedai kp) bole gak aku tumpang..

"Cuci Tangan"

Pada tanggal 19hb yang lalu iaitu hari Selasa lepas, berkat bikers telah kehilangan seorang ahlinya kerana pergi menghadap Allah.. err.. menghadap rumah Allah sebenarnya.. rileks la bro.. Gdin telah berangkat ke Tanah suci bersama beberapa ahli keluarganya.. yang peliknya dengan basikalnya sekali takde kat rumah.. dia bawak sekali ke??? takpun dia nak bawak balik basikal baru kot.. macammana2 pun diucapkan selamat berangkat ke tanah suci.. harap dapat doa kat bawah gutter emas mohon sahabat2 yg masih buntu mencari jodoh dapatlah jodoh secepat mungkin.. tak kiralah nak mutaah ke misyar ke apa ke.. (jgn difatwakan dah lah ye..) Dengar ceritanya beliau dah cuci tangan.. hmm.. eloklah tu.. kalau dah cuci tangan taklah bau tembakau lg tangan tu ye tak?? Selamat beribadah bro.. tapi Allah ada di mana2 ye, bukan kat Mekah je tau... Apa daa buku hijau?? report kad sekolah ke?


Taklimat nak shopping ke bro..??


Alaa bucuk2.. kan dah jama'.. nanti balik qada' laa

Hujung Minggu Yang Penuh Dengan Aktiviti


Assalamualaikum.. 'hujung minggu yang sibuk dengan aktiviti' melibatkan kebanyakan rider2 Berkat Bikers.. nak kayuh pun tak sempat beb.. Tapi takpe syeikh, buat kerja jamaah kira ok laa.. seronok pun ye.. Antara aktiviti yang kami terlibat dan melibatkan diri ialah
1) Tazkirah Maghrib oleh YAB Dato' Seri Nizar Jamaludin MB halal Perak di Masjid As-Syarif
Meru -16/05/09

2) Majlis Makan Malam PASTI Kawasan Kapar di Kelab Shah Alam -
16/05/09
3) Karnival PASTI Dun Meru - 17/05/09


Hebat syeikh... Macam solat terawikh bila Nizar datang bg tazkirah.. semua tak celik mata dengar ceramah Nizar.. Aku pulak orang ingat SB.. maklumlah ambil gambar satu masjid aku pusing.. maklumlah dah tugas bro..





Makan malam PASTI plak tak kurang menariknya.. ramai yang datang.. penuh la semua meja..kebanyakannya guru-guru PASTI..yang pastinya aku cuma AJK PASTI cawangan je (PASTI Ar-Raudhah).. Majlis dirasmikan oleh kitorang punya sifu YB Dr Rani.. Majlis ini bertujuan menyambut dan meraikan khusus kepada guru2 Pasti yang berkhidmat.. Syabas untuk mereka memberi khidmat terbaik untuk murid2 Islam yang aku tak pernah lalui masa kecik dulu.. maklumlah aku dulu Tadika Kemas..
AJK PASTI paling hebat syeikh..

disyaki memiliki basikal Bianchi bersama Pengurus PASTI Ar-Raudhah

Karnival PASTI lagi hebat syeikh.. Hampir kesemua bikers menjayakan program ni.. dari matahari muncul sampailah petang.. ada yg cedok ais krim, yang cedok air, yang masak burger, yang goreng tempe (keajaiban dunia ke8).. yang hebatnya adalah 2 or 3 AJK yang istiqamah buat kerja non stop bro.. dengan niat atau tanpa niat wallahua'lam.. yang pastinya anta hebat syeikh.. Syabas buat anda semua..

p/s : more pictures will be added shortly.. just wait la bro...

Friday, May 15, 2009

menjana ekonomi ahli jamaah 'edisi basikal'

salam bro..hari khamis 14 mei 2009 aku telah menganjurkan "lawatan sambil belanja" ke kedai sahabat kita iaitu Rosman Bicycle yg terletak di Jln Musran Rantau Panjang Klang..antara yg terjebak dlm lawatan ini selain aku ialah azul,azhar&ilai..
signboard sempoi aje..
ini lah barang2 yg telah diborong azul..fork 2nd tp blum penah guna lg..harga bole thn murah.. stand 'serba guna' ni utk epit dikirim oleh hud..
mcm2 ada..pilih la nk yg mana siapkan aje fulusnya..harga bole nego don't worry..
pemandangan dlm kedai..basikal aku sedang di 'operate'..
basikal jepun berlambak kat sini..sape2 yg nk wat koleksi gi pasar bole amik(beli) satu..
khusyu' sheikh...
selesai gak operation basikal aku..
selamat tinggal crank ku..jasa mu tetap ku kenang..hehehe..
antara part yg telah di'nyah'kan dari basikal aku..tp pedal tu selamat lg,nyaris2 je tertukar tu..

akhirnya dpt gak aku crank baru cap shimano deore lx..penat je aku surf internet cari crank yg murah2 rupanya kat 'org kita' pun ada..pada sape2 nk cari part basikal bole la dtg sini.. taukenya peramah,harga bole runding dan yg paling penting 'org kita' ..ahli jamaah sheikh..sama2lah kita menjana ekonomi sesama ahli jamaah..hari ni basikal mungkin lepas2 ni kita cuba wat lak 'lawatan sambil belanja' ni ke bisnes2 'org kita' yg lain insya'allah..jgn lupa beli kupon hari PASTI ada sikit lg kat aku ni..yg baik dtg dr allah yg buruk dr zambry n kuncu2nya..wasalam-alid-:)

Wednesday, May 13, 2009

TAZKIRAH MAGHRIB bersama MB halal Perak


salam geng.. aku nk minta korang tolong edarkan handbill program ni kat masjid ari jumaat ni.. kumpul cam biasa la kat kedai aku..

Tuesday, May 12, 2009

Test Lampu Up-Town

Apa pun, sorry geng krn lambat update berita ni kat blog. Sibuk la bro... dgn rewang nya dan mcm2 lah... Xpdc mlm ni sebenarnya semata-mata nak test lampu depan je. Dgn kelolaan Tuan Diva (Azul) kita... Ok juga lampu up-town ni ya, cuma bila blinking mode tu tak nampak mcm terang sangat laa. Tapi kira berbaloi la juga dgn harga nya, siap ada bracket lagi... boleh cabut2 la kiranya. Mcm biasa kayuhan bermula dari base Berkat Bikers kita, cuma mlm tu agak lewat sikit je sebab ada Tahlil cum Kenduri Kendarat kat rumah KC pertama kita di Tmn Berkat. Lebih kurang jam 10.30 mlm baru kitorang bertolak... Mulanya nampak mcm ok, masing2 dgn gaya lampu tersendiri. Cuma ada juga yg tak sedor diri tak nak pasang lampu kat basikal, at least pasang la lampu belakang... Memang la ko nampak lori tu, tapi ko rasa lori tu blh nampak ko ker... Malang tak berbau beb... Gua biasa laa... mesti duduk 2nd dari belakang, saja nak teman KP Alid... Aku memang suka laa duduk belakang2. Tapi tiba2 gua nampak geng kat depan stop, gua tangkap lega gak... ingat ada org dah sama pancit dgn gua, tapi rupanya tayar belakang pengasas Menta-mente Aai sudah bocor dah... Paku gila panjang sampai jadi bocor 2 lubang, dgn hensemnya Mr. TKC Ilai pun mengeluarkan patcher atau penampal tiub dia... gua agak impress juga dgn accessories dia ni, kira lengkap ooo... Jadi KP Alid terus menunjukkan skill mautnya menampal kat dua lubang yg bocor tu. Masa tu lah 1st time gua tengok diorang buat benda2 tu, kira kacang jugak lah. Selesai tampal! nampak muka Aai agak gembira gak la, sebab tak payah kena balik sorang2... tapi memang kita mampu berusaha, hanya Tuhan menentukan... angin masih keluar dari tempat bocor tu, komen Alid dgn Ir Azul sebab bocornya besar sangat... so morale of d story, sangat berguna kalau kita dpt bawa spare tiub... Insyallah, lebih selamat... Apa pun kita patut puji kesediaan Mr. TKC Ilai membawa penampal tu. Biasalah, tak cuba tak tahu kan... Learn from experience!!! Seterusnya tiba lah bantuan dari Kuling Cawa (Kulit Keling Cakap Jawa) aka Gopal aka Ajem, yg terus bawa Aai dan basikalnya menaiki
motor utk pulang ke base. Kitorang yg tinggal ni pun meneruskan kayuhan ke Setia Alam... mcm panjang lagi jer nak criter, tapi gua kasi pendek mcm Mr. Columbo. Kitorang pam tayar kat PSS Setia Alam dan terus menuju ke tangki air... kat belakang PSS tu terserempak dgn sebuah CRV, gua pun heran apa CRV tu buat kat gelap2 ni... gua jenguk dlm CRV tu nampak ada couple, masa tu nampak dua2 keras la kan... yg bawah pun mungkin keras jugak, tapi bila dah sampai atas tangki kitorang rehat, dan lepas tu turun tangki... CRV tu masih stay kat situ, jeng jeng jeng... kitorang terus kayuh dan berhenti kat 7E Setia Alam. Lepas rehat dlm 15 minit, kitorang terus gerak ke Cafe Jaki... tapi memang lumrah bila kayuh balik, diorang memang selalu naik syeh... masing2 dah mula tinggalkan aku dan KP Alid, diorang mungkin dah tak sabar nak pekena Daging Goreng Cik Aki kot... bukan apa, kalau dah pegi sama2 balik pun mau sama2 lah kan... gua bukan tak nak kejar lu orang, tapi gua nak temankan Alid tu... hehehe!!!

Jadi kesimpulannya dlm pantun ringkas:-

Sorong papan tarik papan,
Perut serong Anas Lipan,
Sediakanlah tiub di masa depan,
Berkayuh jgn tinggalkan kawan...

Lu pikir la sendiri beb...

Pengumuman: Ceramah Perdana Krisis Politik Perak (Stadium Malawati)



Monday, May 11, 2009

Mountain Bike Fun Ride - Bukit Kapar 10mei 09

menanti gg the gaints xnaik2 lg..

tinggi lagi tu..

tggu alid "aku dh naik ngantuk ni" -a'ai-

rupanye putus lagi..

tu dia.. kena ganti yg mahal nie bro..

nasib baik ada pomen.. tp bukan IR azol la..

salah msuk rantai la plak..


ok siap..

rasa mcm kt bukit fraser..

beskal geng2 kedai wak hassan.. hebat2!!

selesai sudah..semua dh lempoh!! menanti cabutan bertuah..


Wednesday, May 6, 2009

karnival PASTI DUN Meru membeli sambil menderma


Salam rider2 menta-mente suma...bro Adri ada bg aku 20 buku kupon utk dijual kat korang suma so aku dgn 'veto' nya mewajibkan tiap2 org beli 1 buku,x mahal pun 10 hinggit aje(basikal ribu2 bole beli) kalau kita x bantu jamaah sape lg nk bantu sheikh..so apa lg dtg la jumpa aku segera ekk..-alid-

kayuhan malam @ setia alam

tarikh : 8 mei 2009
masa : 10mlm tayar golek
jarak :+-25km(santai2 aje)
penganjur :azul 'diva'-0192822256

kumpul kat rumah bujang cam biasa...
terbuka pd sape2 nk join janji ada beskal..http://setiaalam.today.com/files/sa_masterplan.jpg.