Tuesday, May 12, 2009

Test Lampu Up-Town

Apa pun, sorry geng krn lambat update berita ni kat blog. Sibuk la bro... dgn rewang nya dan mcm2 lah... Xpdc mlm ni sebenarnya semata-mata nak test lampu depan je. Dgn kelolaan Tuan Diva (Azul) kita... Ok juga lampu up-town ni ya, cuma bila blinking mode tu tak nampak mcm terang sangat laa. Tapi kira berbaloi la juga dgn harga nya, siap ada bracket lagi... boleh cabut2 la kiranya. Mcm biasa kayuhan bermula dari base Berkat Bikers kita, cuma mlm tu agak lewat sikit je sebab ada Tahlil cum Kenduri Kendarat kat rumah KC pertama kita di Tmn Berkat. Lebih kurang jam 10.30 mlm baru kitorang bertolak... Mulanya nampak mcm ok, masing2 dgn gaya lampu tersendiri. Cuma ada juga yg tak sedor diri tak nak pasang lampu kat basikal, at least pasang la lampu belakang... Memang la ko nampak lori tu, tapi ko rasa lori tu blh nampak ko ker... Malang tak berbau beb... Gua biasa laa... mesti duduk 2nd dari belakang, saja nak teman KP Alid... Aku memang suka laa duduk belakang2. Tapi tiba2 gua nampak geng kat depan stop, gua tangkap lega gak... ingat ada org dah sama pancit dgn gua, tapi rupanya tayar belakang pengasas Menta-mente Aai sudah bocor dah... Paku gila panjang sampai jadi bocor 2 lubang, dgn hensemnya Mr. TKC Ilai pun mengeluarkan patcher atau penampal tiub dia... gua agak impress juga dgn accessories dia ni, kira lengkap ooo... Jadi KP Alid terus menunjukkan skill mautnya menampal kat dua lubang yg bocor tu. Masa tu lah 1st time gua tengok diorang buat benda2 tu, kira kacang jugak lah. Selesai tampal! nampak muka Aai agak gembira gak la, sebab tak payah kena balik sorang2... tapi memang kita mampu berusaha, hanya Tuhan menentukan... angin masih keluar dari tempat bocor tu, komen Alid dgn Ir Azul sebab bocornya besar sangat... so morale of d story, sangat berguna kalau kita dpt bawa spare tiub... Insyallah, lebih selamat... Apa pun kita patut puji kesediaan Mr. TKC Ilai membawa penampal tu. Biasalah, tak cuba tak tahu kan... Learn from experience!!! Seterusnya tiba lah bantuan dari Kuling Cawa (Kulit Keling Cakap Jawa) aka Gopal aka Ajem, yg terus bawa Aai dan basikalnya menaiki
motor utk pulang ke base. Kitorang yg tinggal ni pun meneruskan kayuhan ke Setia Alam... mcm panjang lagi jer nak criter, tapi gua kasi pendek mcm Mr. Columbo. Kitorang pam tayar kat PSS Setia Alam dan terus menuju ke tangki air... kat belakang PSS tu terserempak dgn sebuah CRV, gua pun heran apa CRV tu buat kat gelap2 ni... gua jenguk dlm CRV tu nampak ada couple, masa tu nampak dua2 keras la kan... yg bawah pun mungkin keras jugak, tapi bila dah sampai atas tangki kitorang rehat, dan lepas tu turun tangki... CRV tu masih stay kat situ, jeng jeng jeng... kitorang terus kayuh dan berhenti kat 7E Setia Alam. Lepas rehat dlm 15 minit, kitorang terus gerak ke Cafe Jaki... tapi memang lumrah bila kayuh balik, diorang memang selalu naik syeh... masing2 dah mula tinggalkan aku dan KP Alid, diorang mungkin dah tak sabar nak pekena Daging Goreng Cik Aki kot... bukan apa, kalau dah pegi sama2 balik pun mau sama2 lah kan... gua bukan tak nak kejar lu orang, tapi gua nak temankan Alid tu... hehehe!!!

Jadi kesimpulannya dlm pantun ringkas:-

Sorong papan tarik papan,
Perut serong Anas Lipan,
Sediakanlah tiub di masa depan,
Berkayuh jgn tinggalkan kawan...

Lu pikir la sendiri beb...

Pengumuman: Ceramah Perdana Krisis Politik Perak (Stadium Malawati)



Monday, May 11, 2009

Mountain Bike Fun Ride - Bukit Kapar 10mei 09

menanti gg the gaints xnaik2 lg..

tinggi lagi tu..

tggu alid "aku dh naik ngantuk ni" -a'ai-

rupanye putus lagi..

tu dia.. kena ganti yg mahal nie bro..

nasib baik ada pomen.. tp bukan IR azol la..

salah msuk rantai la plak..


ok siap..

rasa mcm kt bukit fraser..

beskal geng2 kedai wak hassan.. hebat2!!

selesai sudah..semua dh lempoh!! menanti cabutan bertuah..


Wednesday, May 6, 2009

karnival PASTI DUN Meru membeli sambil menderma


Salam rider2 menta-mente suma...bro Adri ada bg aku 20 buku kupon utk dijual kat korang suma so aku dgn 'veto' nya mewajibkan tiap2 org beli 1 buku,x mahal pun 10 hinggit aje(basikal ribu2 bole beli) kalau kita x bantu jamaah sape lg nk bantu sheikh..so apa lg dtg la jumpa aku segera ekk..-alid-

kayuhan malam @ setia alam

tarikh : 8 mei 2009
masa : 10mlm tayar golek
jarak :+-25km(santai2 aje)
penganjur :azul 'diva'-0192822256

kumpul kat rumah bujang cam biasa...
terbuka pd sape2 nk join janji ada beskal..http://setiaalam.today.com/files/sa_masterplan.jpg.

Sunday, May 3, 2009

SUKSESSS!!!!

tahniah dan terima kasih pd epit kc,jidin dingerous,ijul up,azul diva,a'ai menta-mente &pedel kerana berani 'menghulur tengkuk' menyahut cabaran kayuhan mesra & kasih sayang di'roller coaster' bkt cherakah ptg td..aku hrp2 korang x serik layan trek ni..-alid-

kalau rajin baca la..





















salam bro...sepanjang minggu ni beberapa peristiwa yg agak menarik telah berlaku kat aku..ari isnin 27-4-09 aku kena kidnap ngan ilai gi kedai rosman nk amik beskal dia katanya..fork lama ilai x dpt diselamatkan lg terpaksa la cari yg lain rosman pun offer satu fork lama yg lebih sesuai utk latihan angkat berat aku rasa la..ilai nampak lak fork lain cap 'rst omega' yg dh tersadai lebih 5 thn setelah ditawar2 rosman setuju 'lego' fork tu 50 hinggit..itu ilai punya cite yg aku pulak recce2 la mana tau ada cassette 9 speed murah2 punya hampeh xde rupanya...on the way balik timbul lak idea nk gi kedai seong kat seberang..rambang mata kat kedai tu mcm2 ada oo..akhirnya aku terbeli la cassette deore 9 speed ngan rantai sekali t.kasih ilai..hehehe...sampai meru trus gi kedai yazid kasi upgrade aku punya beskal..mlm tu meeting ngan dppk kat pej DUN "ana masuk lajnah tarbiyah sheikh"..selasa 28-4-09 keje cam biasa aje ptg tu sempat gak test beskal sumanya okey mantap..mlm dpt handbill nik normadhihah nk edar kat msjd hari jumaat.. rabu 29-4-09 xde plan pun nk kayuh ari ni pasal mlm nk main badminton ku sangka panas sampai ke ptg rupanya tgh ari ada yg ajak kayuh... yg ringan2 aje katanye...aku dh la tgh pantang(pantang diajak) ptg tu masuk kebun dpn sek keb meru 2...sampai je situ kami disergah segroup lembu masing2 control hensem tp kayuh makin laju lak tiba2...ada lak yg berenti kat tgh2 jln emergency brake pun x guna la..ada batu kat tgh jln katanya..dlm hati aku kata kenapa kau x elak..confirm jawabnya mcm mana mau elak blum diajar..tergolek la aku wat pertama kalinye nasib baik x cedera..dlm kelam kabut tu lucut lak rantai depan aku try naikkan beberapa kali tp x berjaya last2nya rantai baru lak putus...innalillahiwainnailaihirojiun..balik la aku naik lori 'sawit merah' ptg tu yg lain pun balik gak tp kayuh la..mmg ringan2 tul la ptg tu..mlm main badminton training nk tournament ari jumaat partner lak x dtg..
khamis 30-4-09 cam bisa gi keje x pg x ptg hehehe..buka blog ada lak yg ajak kayuh mlm kat setia alam pasal sok cuti hari pekerja..plan asal gerak kul 10 tp biasa la janji melayu..mlm tu ada ahli baru joe goreng pisang ngan beskal KHS alite cam ijul...kayuhan agak jauh gak +-29 km... singgah jap fun fair klang sentral ramai gak org kat situ pas tu trus ka last check point kedai wak jaki@zaki@janggut..jumaat 1-5-09 dtg keje awal gila kul 9(1st time dlm 3 bulan) costumer bole thn la..tghari budak2 dtg nk edar handbill epit,ijul,ciki,anas,gg ipar(gg komando gi demo ngan hud,usop)masjid penuh sesak pasal suma org cuti ari tu..s/u masjid announce ahad ni perasmian dewan baru masjid dengar2 namanya dewan hj hambali..hari tu gak exco selangor nk turun time maghrib..ptg aku lepak dewan standby nk lwn badminton 1st round jumpa pair tan kian keat/abd halim..tunggu punya tunggu lwn x muncul2 menang free la kitaorg..hehehe...2nd round main kul10.30mlm..kena belasah teruk gak r tp point ada peningkatan la dulu 0 sekarang dpt 4..1point aku nk hadiahkan kat ilai(partner lama)..k la yg baik dtg dr allah yg buruk dtg dr kelemahan sendiri..wasalam-alid-

Thursday, April 30, 2009

kayuh mlm klang la pulak..

fun ride klang
(anjuran ROTO X TEAM KLANG)
pada 1/05/09 jumaat mlm sabtu, jam 9.00 mlm, berkumpul di tempat letak kereta belah luar jusco bukit tinggi klang datanglah beramai-ramai memeriahkan lagi aktiviti berbasikal.....

maklumat lanjut:
Tn Hj Hamid 0173683963
En Wahid 0196643130

Wednesday, April 29, 2009

kayuhan"roller coaster"bkt cherakah

Salam bro menta-mente suma...harap korang suma siap sedia fizikal dan mental pasal hari ahad ni kita akan cuba melakukan kayuhan full course di trek roller coaster dpn kem bina negara...anggaran jarak +_ 18 km aje...insya'allah kita gerak dlm kul 5.30ptg...harap suma bole menyertai kayuhan "mesra dan penuh kasih sayang"ni...hehehe...mari kita lihat sape yg gagal...-alid-

Monday, April 27, 2009

Mesyuarat Agung PAS Kapar, 'Mesra dan Kasih Sayang'



Penuh 'mesra dan kasih sayang'.. itulah ungkapan yang acapkali diucapkan oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung PAS Kapar, Cikgu Wahab. Ia juga sinonim dengan suasana yang berlaku di dalam mesyuarat agung kali ini. Kebiasaan mesyuarat agung dilalui dengan suasana 'panas' dan 'tegang' walaupun mesyuarat agung PIBG apatah lagi mesyuarat agung parti-parti politik, tetapi ia tidak berlaku dalam mesyuarat agung ini.

Walaupun jawatan kedua tertinggi iaitu Timbalan Yang Di-Pertua berlaku pertandingan, ia tidak langsung menggambarkan berlakunya perpecahan dan berpuak-puak dalam PAS Kapar. Bertambah manis, apabila jawatan Naib Yang Di-Pertua yang dijangka berlaku pertandingan sengit telah terjadi sebaliknya apabila calon Hj Shamsul Bahari memberi laluan kepada Ustaz Noornajhan untuk menyandang jawatan tersebut.
Begitu juga bagi jawatan Ketua Urusan Ulamak yang menyaksikan Ustaz Wan Hamidi Wan Mat menang tanpa bertanding apabila penyandangnya Ustaz Hj Ibrahim Hj Omar tidak mempertahankan jawatan tersebut. Sebaliknya beliau hanya sudi untuk dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa dan memenanginya sebagaimana kehendak perwakilan.

Sepanjang mesyuarat agung tersebut juga, para perwakilan begitu matang melontarkan idea cadangan dan kritikan sehingga disambut baik oleh semua yang hadir sama ada dari segi emosi dan fikiran. Tuan Hj Khusrin yang juga dicalonkan sebagai Timbalan YDP, nampaknya begitu senang melontarkan cadangan-cadangan bahkan menaruh keyakinan yang tinggi kepada ahli jawatankuasa yang ada dan yang akan dilantik untuk menggalas amanah parti.

Beliau mencadangkan kepada semua perwakilan agar menyerahkan perkara-perkara tertentu yang agak sensitif dan menyentuh strategi parti kepada ahli jawatankuasa untuk memikirkannya dan mencadangkan agar ia tidak dibahaskan panjang lebar di dalam mesyuarat agung ini. Beliau bimbang jika ia dibahaskan di dalam mesyuarat ini dan akan mempunyai keputusan yang perlu dilaksankan, ia akan memberi implikasi besar terhadap parti yang bukan sahaja membabitkan kawasan Kapar bahkan parti keseluruhannya.

Seorang lagi perwakilan iaitu Hj Rahmat yang telah berjaya menempatkan dirinya semula di dalam saf ahli jawatankuasa PAS Kapar, sering mengingatkan kepada para perwakilan tentang halatuju mesyuarat agung kali ini. Beliau yang juga 'orang lama' dalam PAS Kapar sering melontarkan idea-idea bernas dan berani supaya bukan sahaja menghidupkan suasana dalam mesyuarat agung tersebut bahkan juga memberi tauladan khususnya kepada generasi muda untuk berani bersuara.

Begitulah indahnya suasana kemesraan dan kasih sayang di dalam PAS Kapar. Semoga suasana ini akan terus dapat dipelihara. Ruang-ruang 'syuuz zhan' (buruk sangka) perlu dielakkan dan ditangani segera melalui tarbiyah, usrah, perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya. Pemimpin perlu rajin mendampingi akar umbi dan begitu juga akar umbi perlu memahami dan bersama-sama kepimpinan. Insya Allah jemaah akan menjadi kuat atas dokongan semua ahli di semua peringkat.